Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

KPM Melalui Yayasan Didik Negara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Dengan Phison

KPM MELALUI YAYASAN DIDIK NEGARA MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DENGAN PHISON

 

20 Mei 2025 | Khamis

 

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg Dato' Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim pada hari ini telah menghadiri Majlis Pelancaran Malaysia AI Storage (MaiStorage) Technology Sdn Bhd. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

 

Pada majilis ini KPM melalui Yayasan Didik Negara (YDN) juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Phison.

 

MaiStorage yang merupakan anak syarikat kepada Phison berhasrat melatih ratusan graduan baharu mensasarkan penyenaraian di Bursa Malaysia menjelang 2028.

 

Inisiatif ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar storan kelima terbesar dunia, menggalakkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta memberi manfaat besar kepada KPM melalui sokongan terhadap pembelajaran digital dan pembangunan infrastruktur sekolah berasaskan AI.

Hits : 2905