Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kementerian Pendidikan (KPM) Sertai Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri & Amanat Tahun 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) Sertai Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri & Amanat Tahun 2026

 

5 Jan 2026 | Isnin

 

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh, bersama barisan pengurusan tertinggi dan warga Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyertai Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan serta Amanat Tahun 2026 secara hibrid.

Dalam amanat tersebut, YAB Perdana Menteri menegaskan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tadbir urus berintegriti serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Beliau turut mengumumkan lanjutan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Enam , dengan peruntukan RM800 juta setahun, di mana setiap murid menerima RM150 yang boleh dituntut di sekolah masing-masing. Selain itu, peruntukan naik taraf sekolah sebanyak RM80 juta kepada SJKC dan RM50 juta kepada SJKT turut diperuntukkan bagi memperkukuh infrastruktur pendidikan.

YAB Perdana Menteri turut menegaskan bahawa penjawat awam perlu sentiasa bersatu padu dan bermuafakat bagi memastikan kerajaan kekal kukuh dan stabil, serta tidak terganggu dengan hal-hal sampingan. Penjawat awam diseru untuk terus menumpukan perhatian terhadap tugas dengan tekad dan cita-cita tinggi demi kemajuan negara.

Hits : 229