Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kejayaan Murid Regeneron International Science And Engineering Fair 2025 Columbus, Ohio, Amerika Syarikat

KEJAYAAN MURID REGENERON INTERNATIONAL SCIENCE AND ENGINEERING FAIR 2025  COLUMBUS, OHIO, AMERIKA SYARIKAT

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada 6 pasukan inovasi yang mengharumkan nama negara di Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF) 2025 yang berlangsung pada 10 hingga 16 Mei 2025 di Greater Columbus Convention Center, Ohio, Columbus, Amerika Syarikat. Penyertaan pasukan inovasi dalam 5 kategori iaitu System software, Cellular and Molecular Biology, Environmental Engineering, Material Science and Energy: Sustainable Materials and Design melibatkan penyertaan seramai 14 orang murid sekolah menengah yang diketuai oleh Dr. Azurawati Wok Zaki selaku Fair Director Malaysia bersama-sama seorang pegawai pengiring dan seorang guru pembimbing. Pasukan Malaysia telah berjaya memenangi dua pingat Grand Awards dalam kategori Environmental Engineering yang membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah 600 USD dan satu anugerah Special Awards dalam kategori System Software yang membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah 5,000 USD.

 

LATAR BELAKANG PERTANDINGAN

 

Regeneron ISEF 2025 merupakan sebuah pertandingan bertaraf antarabangsa yang memberi peluang kepada murid untuk mempamerkan projek inovatif serta daya cipta mereka di pentas global. Acara ini melibatkan 1,334 projek inovasi yang menghimpunkan peserta seramai 1,657 dari lebih 60 negara dan menyediakan platform berprestij bagi mengiktiraf pencapaian murid dalam bidang inovasi dan STEM. Pertandingan ini juga sebagai kesinambungan daripada Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (PISTEK) yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Februari yang lalu. Murid-murid yang berjaya di peringkat kebangsaan telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke Regeneron ISEF 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk memupuk kemahiran penyelesaian masalah, kreativiti serta semangat keusahawanan dalam kalangan murid selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Antara objektif utama penyertaan Malaysia dalam Regeneron ISEF 2025 adalah ialah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa kepada inovator muda serta mengeratkan pertukaran budaya dan peluang rangkaian dengan peserta dari lebih 60 buah negara.

 

 

 

GALERI PROGRAM

 

 

 

6 pasukan mewakili Malaysia

 

Pasukan kategori Software System- Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

 

 

Pasukan kategori Environmental Engineering- SMS Sultan Muhammad Jiwa, Kedah

 

 

Pasukan kategori Environmental Engineering- SMJK Khatolik, Selangor

 

 

Kategori Individu Cellular and Molecular Biology - SMK Sultan Ismail, Johor

 

 

Pasukan kategori Material Science - SM Alam Shah, WP Putrajaya

 

 

Pasukan kategori Material Science and Energy: Sustainable Materials and Design- SMK Jalan Empat, Selangor

 

Hits : 1670