Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
home

Ketua Jabatan
> Kosong

 

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

OBJEKTIF

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah berharap dapat:

  • Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani
  • Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celek sains dan teknologi
  • Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi
  • Mengembangkan bakat murid secara holistik

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Mengemukakan laporan penuh siasatan semua aduan awam dalam tempoh 15 hari bekerja.
  • Memberikan khidmat bantu profesional kurikulum dalam tempoh 14 hari daripada tarikh arahan diterima.
  • Menempatkan guru ke sekolah tidak lewat dari 14 hari bekerja setelah menerima senarai guru daripada Kementerian.
  • Memberikan kelulusan dan penempatan belajar kepada kanak-kanak warganegara di sekolah kerajaan atau pun sekolah bantuan kerajaan mengikut kohort umur dalam tempoh tujuh (7) hari daripada permohonan lengkap diterima.
  • Membuat pengisian dan penempatan pengetua dan guru besar secara back to back dalam tempoh enam (6) minggu (kekosongan akibat persaraan wajib.
  • Mendaftar dan memperbaharui permit guru dan institusi pendidikan swasta dalam tempoh 30 hari bekerja.
  • Menguruskan hal ehwal dan bakat murid yang melibatkan sekolah, pejabat pendidikan daerah, ibu bapa dan agensi luar dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Melaksanakan semua pentaksiran dan peperiksaan dengan adil, sahih dan amanah mengikut takwim persekolahan tahunan.
  • Memastikan program Pendidikan Islam serta Pembangunan Adab dan Nilai dilaksanakan di semua peringkat mengikut ketetapan Kementerian.
  • Melaksanakan tadbir urus perkhidmatan dan khidmat sokongan murid berkeperluan khas dilaksanakan mengikut garis panduan yang berkuat kuasa dari masa ke semasa.
  • Memberikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada warga kerja Jabatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja bagi kes baharu selepas permohonan diterima dan tertakluk kepada persetujuan klien.
  • Menerima dan mengunci masuk permohonan pengesahan pelantikan dan perkhidmatan (termasuk pelanjutan dan pemberian taraf berpencen) ke dalam sistem e-Proper Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam tempoh tiga (3) hari permohonan lengkap diterima.
  • Menghantar permohonan persaraan yang telah lengkap diterima ke JPA Pencen dalam tempoh 12 bulan sebelum bersara wajib.
  • Melaksanakan keperluan perolehan berdasarkan amalan tadbir urus baik, mematuhi peraturan yang berkuat kuasa dan memenuhi tempoh seperti dalam piagam pelanggan Unit Perolehan.
  • Memberikan jawapan kepada permohonan peruntukan penyenggaraan infrastruktur / pembangunan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  • Mengagihkan waran peruntukan ke Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh tujuh (7) hari daripada penerimaan waran daripada Kementerian.
  • Membuat pembayaran bil/tuntutan/invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan invois dan dokumen lengkap.
  • Memberikan maklum balas tepat terhadap semua permohonan rasmi berkaitan ICT dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  • Mengemukakan maklum balas permohonan penggunaan bilik seminar/bengkel/latihan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  • Memastikan pelaksanaan prosedur tatatertib dalam tempoh 30 hari selepas dokumen lengkap diterima.
  • Mengemukakan maklum balas kepada pengadu dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas aduan berkaitan integriti diterima.

CARTA ORGANISASI

CartaSabah

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Jalan Punai Tanah, Taman Likas,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
https://jpnsabah.moe.gov.my 088-537010 088234828 jpnsabah

Hits : 362299