Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

 
home

Ketua Jabatan
> Puan Hjh Siti Norina Binti Muhamad, P.S.K, B.S.K, A.S.K

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

  • Melaksanakan dasar pendidikan melalui Falsafah PendidikanKebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
  • Melahirkan kepimpinan yang dinamik, prograsif dan proaktif untuk melaksanakan pembangunan pendidikan secara holistik.
  • Meningkatkan pencapaian akademik melalui peperiksaan awam.
  • Menyediakan prasarana pendidikan yang cukup supaya suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi ledih kondusif.
  • Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan dengan memberi kursus dan latihan.
  • Menjaga kesejahteraan pegawai dan kakitangan serta memberi khidmat yang berkualiti kepada pelanggan.
  • Meningkatkan sistem tadbir urus organisasi yang seiring dengan perkembangan teknologi.
  • Meningkatkan pembangunan sukan, kokurikulum dan kesenian.
  • Mengamalkan budaya penyayang dalam kalangan warga pendidik.

PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan :
 
  • Memberi maklum balas awal terhadap aduan yang diterima dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh menerima aduan sekiranya maklumat aduan yang diterima adalah lengkap dan sempurna.
  • Arahan penempatan pertukaran guru dalam negeri melalui sistem eg-Tukar dikeluarkan kepada guru yang diluluskan dalam tempoh 14 hari bekerja bermula dari tarikh jana surat penempatan. 
  • Kelulusan pendaftaran dan pertukaran murid dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap.
  • Kelulusan kutipan sumbangan bayaran tambahan persekolahan/ derma PIBG dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima permohonan lengkap dan sempurna dari sekolah.
  • Permohonan Elaun Murid Khas yang diterima sebelum 30 April akan menerima bayaran mulai Bulan Ogos tahun semasa sekiranya murid berdaftar dengan KPM dan mempunyai Kad Orang Kurang Upaya, JKM.
  • Institusi pendidikan mula diselenggara dalam tempoh 14 hari bekerja setelah pengeluaran surat setuju terima.
  • Menyelesaikan kes-kes tatatertib di bawah Pihak Berkuasa Tatatertib Peringkat JPN Kelantan dalam masa 3 bulan selepas laporan dan dokumen lengkap diterima.
  • Bil dan tuntutan dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap dan sempurna diterima.
  • Bantuan kebajikan kepada murid diselaras dan diagihkan ke PPD dan sekolah dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Permohonan untuk mendapatkan rekod BPK berkaitan lembaran Kenyataan Perkhidmatan dan lembaran Kelakuan yang lengkap, terkini dan sempurna  diperolehi dalam tempoh 7 hari bekerja.

 

CARTA ORGANISASI

carta org jpnkelantan

 

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong,
16010 Kota Bharu,
Kelantan.
https://jpnkelantan.moe.gov.my 09-7418 000 09-7482554

jpnkelantan

Hits : 217884