YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN MENGENAI INTERNATIONAL SYMPOSIUM FOR SCIENCE AND MATHEMATICS CLASSROOM TEACHERS (ISSMCT) PADA 25 HINGGA 26 FEBRUARI 2025 DI SEAMEO RECSAM, PULAU PINANG
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, SEAMEO Regional Centre for Education in Science and Mathematics (SEAMEO RECSAM) akan menganjurkan INTERNATIONAL SYMPOSIUM FOR SCIENCE AND MATHEMATICS CLASSROOM TEACHERS (ISSMCT) pada 25 hingga 26 Februari 2025 di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang. Simposium antarabangsa ini dianjurkan oleh SEAMEO RECSAM dengan peserta terdiri daripada guru dan pendidik dalam bidang Pendidikan Sains, Matematik dan ICT dari negara luar dan negara anggota SEAMEO.
3. Objektif ISSMCT adalah untuk:
(i) Menjadi platform bagi guru kelas Sains dan Matematik mempamerkan ciptaan/inovasi mereka, teknik pengajaran baharu, pendekatan pedagogi baharu dan inisiatif bilik darjah baharu kepada dunia.
(ii) Menggalakkan rangkaian serantau dalam kalangan guru kelas (tidak terhad kepada bidang Sains dan Matematik) untuk pembangunan profesional.
(iii) Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melalui perkongsian serantau pengetahuan kandungan baharu dalam kalangan guru serta daripada pakar bidang.
(iv) Menyusun dan mengukuhkan amalan terbaik serantau dalam pengajaran bilik darjah melalui pembangunan profesional dan platform pembelajaran sepanjang hayat.
4. Sehubungan dengan itu, peserta yang berminat boleh mendaftar melalui pautan http://www.recsam.edu.my/ISSMCT/ atau melalui pautan QR seperti yang dilampirkan. Turut disertakan bersama-sama ini, sesalinan poster mengenai simposium ini untuk perhatian dan rujukan permohonan.
Sekian, terima kasih.
Hits : 2475