Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ingin menarik perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti maklumat berikut:
|
Bil. |
Agensi/ Jabatan |
Jawatan/ Gred |
|
1. |
Bahagian Psikologi dan Kaunseling |
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG10/12 |
3. Sehubungan itu, Bahagian ini ingin mempelawa pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./ Tuan/Puan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
i. Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan
ii. Borang permohonan BPsK/001/02B seperti di Lampiran B.
4. Adalah diharapkan agar pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 18 Oktober 2025 ke alamat berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan
Aras 1, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Khidmat Pengurusan)
5. Sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:
i. Encik Hashwin a/l Ramanujan : 03-8872 1737
ii. Puan Noorkhairiezan binti Johari : 03-8884 2034
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 2997