Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KETUA PENOLONG PENGARAH GRED DG12/13 DAN PENOLONG PENGARAH GRED DG10/12 DI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan serta memenuhi syarat untuk memohon pengisian kekosongan jawatan Ketua Penolong Pengarah Gred DG12/13 dan Penolong Pengarah Gred DG10/12 di BPI KPM.
3. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Calon-calon yang berminat boleh memuat turun borang serta dokumen-dokumen yang berkaitan menerusi pautan berikut: http://bit.ly/3Kgsq8U
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit Perkhidmatan, Bahagian Pendidikan Islam KPM selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) di alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan
Aras Bawah & Dua, Blok 2251
Jalan Usahawan 1, Bangunan Mustapha Kamal
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p.: Unit Perkhidmatan)
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
i) Puan Nor Atikah binti Othman
(E-mel: atika.othman@moe.gov.my), (Tel: 03-83217212); atau
ii) Puan Siti Sarah binti Mohamed
(E-mel: sarah.mohamed@moe.gov.my), (Tel: 03-83217236).
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
.
Hits : 2205