Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KADER PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI KEMENTERIAN / AGENSI LUAR DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengisi kekosongan bagi jawatan (Jawatan Kader Kementerian Pendidikan Malaysia) di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
3. PPP yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan borang permohonan yang lengkap kepada BPSM. Calon-calon yang berminat boleh merujuk kepada iklan kekosongan jawatan (Lampiran A) dan borang permohonan (Lampiran B) seperti yang dilampirkan.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat emel atylia.anuar@moe.gov.my / shamirah.tarmize@moe.gov.my. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Hits : 4721