Ketua Jabatan
> Encik Mohd Bustaman bin Abdul Aziz
VISI
Peneraju dalam bidang penajaan pendidikan untuk menjana kecemerlangan intelek dan profesionalisme warga pendidik.
MISI
Membangunkan warga pendidik yang kompeten untuk memenuhi keperluan strategik pendidikan negara melalui program penajaan pendidikan dan kemudahan cuti belajar.
OBJEKTIF
- Memastikan dana tajaan diuruskan secara optimum bagi memenuhi keperluan latihan bakal PPP dan PPP.
- Memastikan pengurusan tajaan kepada bakal PPP dan PPP dilaksanakan dengan cekap dan telus.
- Memastikan pengurusan cuti belajar dan jawatan latihan PPP dilaksanakan dengan efisien.
- Memastikan pengurusan kutipan balik pinjaman pelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan menepati sasaran.
- Memastikan penguatkuasaan perjanjian biasiswa dan cuti belajar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
FUNGSI
- Mengkaji dan merangka Dasar Penajaan/Cuti Belajar dan Penguatkuasaan Perjanjian.
- Merancang dan mengurus penajaan /cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan pelajar praperkhidmatan di dalam dan luar negara.
- Menguatkuasa perjanjian pinjaman dan biasiswa/cuti belajar.
- Mengurus tindakan penguatkuasaan kutipan bayaran balik pinjaman dan ganti rugi mungkir perjanjian biasiswa.
- Mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan Jawatan Latihan
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
- Surat tawaran/kelulusan cuti belajar atau biasiswa dikeluarkan kepada pegawai dalam perkhidmatan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan Jawatankuasa Penajaan.
- Resit dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja bagi pembayaran balik pinjaman pelajaran atau ganti rugi pecah kontrak.
CARTA ORGANISASI

HUBUNGI
| Alamat |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Tajaan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Cawangan Cyberjaya
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan. |
03-8321 7100 |
|
bt.info |
Hits : 44150