Ketua Jabatan
> Puan Syamsiah binti Abdul Wahab
VISI
Meneraju khidmat pengurusan yang berkualiti, berintegriti dan berinovasi dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan Kementerian Pendidikan. .
MISI
Memberikan perkhidmatan dan pengurusan sokongan yang cekap serta responsif, melalui tadbir urus yang berkualiti bagi menyokong penyampaian perkhidmatan Kementerian Pendidikan.
OBJEKTIF
- Memastikan pengurusan bangunan, kemudahan dan fasiliti kementerian dilaksanakan secara cekap, selamat, kondusif dan mampan bagi menyokong kelancaran penyampaian perkhidmatan pendidikan.
- Memperkukuh kawalan dan pengurusan keselamatan fizikal, dokumen, aset serta warga kementerian melalui pematuhan kepada dasar, peraturan dan amalan keselamatan perlindungan dan Kesihatan pekerjaan yang terbaik.
- Membudayakan inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan serta memastikan pengurusan majlis rasmi kementerian dilaksanakan secara profesional, teratur dan berimpak tinggi.
- Memastikan pengurusan rekod dan dokumen kementerian dilaksanakan secara sistematik, berintegriti dan mematuhi kehendak peraturan serta perundangan bagi menjamin kelancaran urusan pentadbiran.
- Menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia yang cekap, responsif dan berorientasikan pelanggan bagi menyokong kecemerlangan organisasi.
- Memperkasa tadbir urus organisasi melalui pengurusan sumber, proses kerja dan perkhidmatan sokongan yang berkesan, telus dan berintegriti.
FUNGSI
1. Cawangan Pengurusan Bangunan Dan Kemudahan
- Merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan pengurusan penyelenggaraan fizikal serta pengubahsuaian ruang pejabat di Kompleks E dan Bangunan Sewaan KPM Cyberjaya.
- Mengendalikan pengurusan ruang pejabat, menyelia kemudahan gunasama Kementerian, memantau prestasi kontraktor penyelenggaraan serta memantau penggunaan utiliti dan tenaga di Ibu Pejabat KPM secara optimum.
- Memperkasa amalan pengurusan bangunan yang mampan dan mesra alam.
2. Cawangan Pengurusan Keselamatan
- Merancang, mengurus dan menyelaras pengurusan keselamatan perlindungan Kementerian, termasuk pengurusan Polis Bantuan, pengawal keselamatan, Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) Swasta, kawalan keselamatan fizikal, CCTV, rondaan keselamatan serta kawalan akses dan pergerakan di premis Kementerian.
- Menyelaras pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kesiapsiagaan kecemasan Kementerian, termasuk Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan (JKeP), Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pasukan Emergency Response Team (ERT) dan pelaksanaan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IAKKP).
- Mengurus dan menyelaras kemudahan serta kawalan keselamatan berkaitan pas keselamatan, pelekat kenderaan, tempat letak kenderaan, penguatkuasaan apitan tayar, Permit To Work (PTW) dan kawalan keselamatan khas bagi program atau situasi tertentu di premis Kementerian.
3. Cawangan Pengurusan Kualiti Dan Majlis
- Melaksanakan Majlis Rasmi Kementerian yang berkaitan dengan pengurusan dan memberi khidmat nasihat serta bantuan protokol bagi memastikan pelaksanaan majlis rasmi KPM berjalan dengan teratur dan sempurna.
- Menyelaras pelaksanaan pengurusan kualiti dan program inovasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Kementerian Pendidikan.
- Menyediakan Pelan Risiko bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Kementerian Pendidikan.
4. Cawangan Pengurusan Rekod
- Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan registri Kementerian secara sistematik dan berkesan, termasuk pengurusan surat, mel, fail serta pelaksanaan Registri Berpusat mengikut dasar, peraturan dan tatacara yang ditetapkan.
- Merancang, menyelaras dan mengurus sistem pengurusan rekod Kementerian secara menyeluruh, termasuk pengurusan rekod fizikal dan elektronik, dokumen terperingkat, pelupusan rekod mengikut prosedur dan standard pengurusan rekod.
- Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan bahan arkib Kementerian, termasuk penyerahan bahan arkib terbitan dan bahan Pengurusan Tertinggi kepada Arkib Negara Malaysia.
5. Cawangan Pentadbiran Dan Perkhidmatan
- Mengurus hal ehwal pentadbiran am termasuk pengurusan kenderaan dan kenderaan konsesi bagi BKP, Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi.
- Mengurus hal ehwal perkhidmatan bagi pegawai di BKP, Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi.
- Mengurus hal ehwal kewangan, perolehan dan aset bagi BKP, Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi.
- Menyelaras maklum balas, input dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berkaitan kementerian di peringkat bahagian.
PIAGAM PELANGGAN
- Kami Warga Bahagian Khidmat Pengurusan Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berjanji Akan :
- Memastikan pengemaskinian Buku Perkhidmatan Kerajaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima surat bagi urusan pertukaran keluar pegawai.
- Memastikan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima bil dan dokumen yang lengkap.
- Melaksanakan Program Kesedaran Pengurusan Rekod KPM 2 kali setahun.
- Menguruskan permohonan Pas Keselamatan bagi semua anggota yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam tempoh 5 hari bekerja setelah menerima borang lengkap dari pemohon.
- Memastikan aduan kerosakan mekanikal, elektrikal, kerja kejuruteraan awam dan pembersihan di Kompleks E, KPM diberi akuan terima oleh kontraktor dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima.
- Mengurus dan menyelaras kemudahan auditorium dan fasiliti di bawah seliaan BKP dalam tempoh 3 hari bekerja dari tempoh tempahan diterima.
CARTA ORGANISASI

HUBUNGI
| Alamat |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Pendidikan
Aras 6, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya |
03-8884 6165 / 6163 |
03-8889 5235 / 03-8884 6098 |
bkp |
Hits : 30156