• Pengenalan

    Latar Belakang, Asas dan Takrif Anugerah

Latar Belakang

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) merupakan salah satu inisiatif strategik yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA) 2016 hingga 2020 di bawah Objektif 1 iaitu “Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu”.

ATABM merupakan anugerah terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik pelbagai bidang dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Penganjuran anugerah ini telah bermula sejak tahun 2012 bertujuan mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Penganugerahan ini diadakan setahun sekali bersempena Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan. Sehingga 2018, seramai lima orang ahli akademik telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu.”

Asas Anugerah

Anugerah ini diberikan kepada ahli akademik berwibawa dalam disiplin ilmunya bagi memartabatkan bahasa Melayu selaras dengan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016 hingga 2020.

Takrif Anugerah

Anugerah ini diberi kepada ahli akademik di Institusi Pendidikan Tinggi. Tokoh ini mengguna, membangun dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana aktiviti akademik dalam disiplin ilmunya.

Asas dan Takrif Anugerah

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu

Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)