• Kriteria Penilaian

Kriteria Penilaian

  • 30% Penilaian

    Pengiktirafan dan sanjungan
    Pengiktirafan dan sanjungan berasaskan sumbangannya dalam memartabatkan bahasa Melayu yang diterima di peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa.
  • 20% Penilaian

    Penerbitan Ilmiah
    Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bentuk bahan-bahan berwasit yang bermutu tinggi dalam bahasa Melayu:
Buku atau e-buku (sebagai penulis utama)
Buku atau e-buku (sebagai penyunting)
Bab dalam buku atau e-buku (sebagai penulis utama)
Makalah Jurnal (sebagai penulis utama)
Laporan Teknikal (berasaskan penyelidikan dan perundingan)
Karya terjemahan ke bahasa Melayu
Penerbitan-penerbitan lain (majalah, akhbar dan buletin)

  • 15% Penilaian

    Penyeliaan tesis, disertasi atau latihan ilmiah
    Penyeliaan tesis, disertasi atau latihan ilmiah dalam bahasa Melayu (sebagai penyelia utama) bagi pelajar pada peringkat pengajian doktor falsafah, sarjana, sarjana muda atau diploma.
  • 10% Penilaian

    Penyelidikan Ilmiah
    Menghasilkan penyelidikan ilmiah yang berwibawa dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana di peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa.
  • 10% Penilaian

    Pengajaran
    Pengajaran dalam disiplin ilmunya menggunakan bahasa Melayu di peringkat pengajian doktor falsafah, sarjana, sarjana muda atau diploma.
  • 5% Penilaian

    Khidmat perundingan dan hasilan inovasi
    Khidmat perundingan dalam bahasa Melayu yang disumbangkan kepada mana-mana pihak yang membawa dampak kepada organisasi. Manakala hasilan inovasi dalam bahasa Melayu adalah hasil kreativiti dan inovasi yang berdampak tinggi sama ada dalam bentuk produk atau perkhidmatan.
  • 5% Penilaian

    Jawatan dan Anugerah
    Jawatan pentadbiran yang disandang pada peringkat institusi seperti Ketua Jabatan, Timbalan Pengarah, Pengarah, Dekan, Timbalan Naib Canselor, Naib Canselor dan lain-lain. Kriteria ini juga mengambil kira Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang dianugerahkan oleh organisasi.
  • 5% Penilaian

    Khidmat ikhtisas dan masyarakat

    Khidmat ikhtisas ialah khidmat yang diberikan berdasarkan bidang kepakaran. Manakala khidmat masyarakat adalah penglibatan dan sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan di luar bidang tugas.

  • Penilaian Baharu

    TEMU BUAL

    Temu bual calon bersama panel penilai bagi meneliti kefasihan pertuturan dalam berbahasa Melayu

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu

Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)