
Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa murid lepasan tingkatan tiga sesi 2026 untuk memohon program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab (SUUA) yang ditawarkan bagi ambilan tahun 2027.
SUUA merupakan penggabungan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dengan
Program Ulul Albab yang menawarkan pengajian turath bagi murid-murid aliran sains tulen pada peringkat menengah atas.
Pelaksanaan SUUA merupakan usaha KPM untuk memberi peluang kepada murid cemerlang menggabung jalin ilmu agama dan ilmu sains secara holistik yang menyatukan ilmu naqli dan ilmu ‘aqli bagi melahirkan generasi ulama yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang mengikut acuan Malaysia dengan menghayati konsep Maqasid Syariah.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang http://kemasukanimtiaz.awfatech.com bermula 29 Oktober hingga 17 November 2026. Tarikh tutup permohonan pada 17 November 2026.
Maklumat lanjut boleh diakses menerusi dokumen di pautan berikut:
https://bit.ly/SyahadahUlya2027
Sekian.
Hits : 178