Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI KOLEJ MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2025

 

Dengan hormatnya izinkan saya menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / YBrs. Dr./ tuan/ puan berhubung perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:

 

Bil.

Jawatan

Gred

i.

Pensyarah (Akademik)

DG10/DG12/DG13(KUJ)

ii.

Pegawai Kaunseling

DG10/DG12(KUJ)

 

3.     Sehubungan dengan itu, bahagian ini mempelawa PPP yang berminat dan berkelayakan agar dapat mengemukakan permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Pegawai yang berminat dan berkelayakan perlu mengisi maklumat seperti di pautan dan borang permohonan yang lengkap diisi perlu dihantar ke alamat seperti di bawah. Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temu duga.

 

Pautan Kekosongan Jawatan:  https://shorturl.at/Y2pU3

 

Alamat :   Pengarah

Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

(u.p.: Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)

62604 PUTRAJAYA

 

4.    Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / YBrs. Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 26700