Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG10/DG12 (KUP) di Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 

YBhg.Dato'/Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG10/DG12(KUP) DI BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan seperti maklumat berikut :

 

Bil.

Jawatan

Gred

Kekosongan Jawatan

1.

Penolong Pengarah

PPP

DG10/DG12(KUP)

1

Unit Penyelidikan

Bahagian Pendidikan Swasta

3.   Sehubungan dengan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg.Dato'/Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan untuk mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemu duga bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci berkaitan perkara ini seperti berikut:

           

            3.1       Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan

            3.2       Borang permohonan seperti di Lampiran B.

 

4.   Pihak YBhg.Dato'/Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan dimohon untuk memanjangkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg.Dato'/Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan. Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan sebelum atau pada 23 Oktober 2026 (Jumaat) secara salinan cetak ke alamat berikut:

 

  Pengarah

  Bahagian Pendidikan Swasta

  Aras 2 Blok E2, Kompleks E

  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

 (u.p.: Sektor Khidmat Pengurusan)

 

atau secara salinan digital melalui e-mel ke alamat berikut:

 

i.   norsafinawati@moe.gov.my; atau

ii.  adham.nazul@moe.gov.my 

 

5.      Sekiranya pihak YBhg.Dato'/Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai yang berikut:

 

i.   Puan Nor Safinawati binti Jali

(norsafinawati@moe.gov.my - 03-8883 0678)

ii.  Encik Muhammad Adham bin Mohamed Nazul

(adham.nazul@moe.gov.my – 03-8883 0733)

 

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg.Dato'/Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan berikan amat dihargai.


Sekian, terima kasih. 

Surat IKlan Jawatan Kosong

Lampiran A

Lampiran B

Hits : 745