Selamat Datang ke PORTAL KPM

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Gred DG44/DG48 Di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG44/DG48 DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.  Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 untuk mengisi kekosongan di BPK bagi jawatan Penolong Pengarah Gred DG44/DG48 (KUJ).

3.  Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap ke BPK dan hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang berminat boleh memuat turun dokumen berkaitan urusan ini melalui pautan berikut: https://bit.ly/kekosonganBPK

4.  Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 10 Januari 2023 (Selasa) jam 12.00 tengah hari ke alamat seperti di bawah.

Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, 6-8, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
(u.p.: SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN).

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Sektor Khidmat Pengurusan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hits : 3993