Selamat Datang ke PORTAL KPM

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Di Unit Pengurusan Transformasi Pendidikan, Sektor Perancangan Dan Pengoperasian Pendidikan, BPSH, KPM

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH DI UNIT PENGURUSAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN, SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGOPERASIAN PENDIDIKAN, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH  HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai   pdf Penolong Pengarah di Unit Pengurusan Transformasi Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengoperasian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah  Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (567 KB) . Sehubungan dengan itu, BPSH ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG 44/48 (KUJ) di Bahagian/Jabatan di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ tuan/ puan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

3.   Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke BPSH, KPM. Hanya calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Bersama-sama ini disertakan:

a.  Iklan Kekosongan Jawatan   pdf (Lampiran A) (68 KB) ; dan
b.  Borang Permohonan   pdf (Lampiran B) (115 KB) .

4.  Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 21 Mei 2023 ke alamat seperti di bawah:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah HarianKementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

5.      Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada pegawai seperti berikut:

i.  Puan Mazzleza binti Ab. Wahab ditalian 03-8884 6962/ emel kepada mazzleza.wahab@moe.gov.my; atau  
ii. Encik Eddy Yazid Ehsan ditalian 03-8883 0673/ emel kepada eddy.ehsan@moe.gov.my

Kerjasama dan perhatian YBhg.Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Hits : 225