Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Mentor TIMSS Dan PISA Gred DG44 (Hakiki/KUP) Di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN  MENTOR TIMSS DAN PISA GRED DG44 (HAKIKI/KUP) DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
2.   Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut: 
 
(i) Mentor TIMSS Dan PISA Gred DG44 (Hakiki/KUP) di Sektor Sains dan Matematik
    
3.  Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap ke BPK dan hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang berminat boleh memuat turun dokumen berkaitan urusan ini melalui pautan berikut: https://bit.ly/kekosonganBPK
 
4.   Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 31 Oktober 2023 jam 12.00 tengah hari ke alamat seperti di bawah.
 
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, 6-8, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
(u.p.: SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN)
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

Hits : 194