Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Kader Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Kementerian/ Agensi Luar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) November 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KADER PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI KEMENTERIAN / AGENSI LUAR DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.   Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan Kader Kementerian Pendidikan Malaysia di Kementerian / Agensi Luar seperti di Lampiran A

 

3.  Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan borang  permohonan  seperti di Lampiran B kepada BPSM. 

 

4.  Sebagai makluman, tiada tarikh tutup untuk permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan ke alamat seperti di bawah.

 

Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 5, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Guru, Cawangan Perkhidmatan)

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 


 

Hits : 180