Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
%20(1).png)
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES PLUS (SISC+) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI PEGAWAI RAKAN PEMERKASAAN SOKONGAN INSTRUKSIONAL
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan menjawat jawatan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) bagi tahun 2026 dibuka mulai 17 Ogos 2026 hingga 5 September 2026.
3. Sehubungan dengan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan perlu memastikan maklumat e-Operasi dan e-Pangkat dikemas kini sebelum permohonan dibuat. Ketua Jabatan pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan perakuan permohonan SISC+ ambilan Tahun 2026 dibuat berdasarkan kelayakan syarat-syarat permohonan SISC+ yang sedang berkuat kuasa seperti Lampiran A.
4. Semua permohonan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk perakuan selanjutnya sebelum diangkat kepada Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan (KPM) bagi tujuan tindakan selanjutnya.
5. Bagi tujuan menyemak status dan keputusan panggilan temu duga, pemohon boleh melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Pembimbing Peningkatan Sekolah (S3PS) di https://sppps.moe.gov.my/ mulai 21 September hingga 25 September 2026.
6. Untuk maklumat dan pertanyaan berkaitan perkara ini boleh diajukan kepada pegawai kami seperti berikut:
i. Puan Normazilah binti Jasman 03-8884 1065
ii. Encik Safwan Fikri bin Buyamin 03-8884 1188
Sekian, terima kasih.
Hits : 440