Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Bahagian Psikologi Dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ingin menarik perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti maklumat berikut:

 

Bil.

Agensi/ Jabatan

Jawatan/ Gred

 

 

1.

 

 

Bahagian Psikologi dan Kaunseling

 

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan              Gred DG10/12

 

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan             

Gred DG12/13

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.         Sehubungan itu, bahagian ini ingin mempelawa pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./ Tuan/Puan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:

 

i.          Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan

ii.         Borang permohonan BPsK/001/02B seperti di Lampiran B.

 

4.    Adalah diharapkan agar pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 23 April 2026 ke alamat berikut:

 

Setiausaha Bahagian

                                Bahagian Psikologi dan Kaunseling

                                Kementerian Pendidikan

Aras 1, Blok E9, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit Khidmat Pengurusan)

 

5.         Sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:

 

i.              Encik Hashwin a/l Ramanujan      : 03-8872 1737

ii.            Puan Noorkhairiezan binti Johari : 03-8884 2034

 

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

.

 

Muat Turun Iklan

Muat Turun Lampiran A

Muat Turun Lampiran B

Hits : 171