Selamat Datang ke PORTAL KPM

Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2024

Hebahan Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2024

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2024 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 21 Mac 2024 (Khamis), pukul 5:00 petang sehingga 25 April 2024 (Khamis), pukul 5:00 petang melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

14 Mac 2024

Hits : 24004