Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Hadiah Ilmu Untuk Guru Malaysia

HADIAH ILMU UNTUK GURU MALAYSIA

Penebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025 Kini Dibuka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan dedikasi para guru, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini layak menerima Baucar Buku bernilai RM100 untuk pembelian bahan bacaan berkualiti secara dalam talian!

CARA PENEBUSAN MUDAH & CEPAT:

1.          Layari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025. Penebusan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2025, jam 12.00 tengah hari.

2.          Daftar menggunakan DELIMa ID di Portal Book Capital. Baucar RM100 akan dikreditkan secara automatik bagi PPP yang layak. 


3.          PPP yang layak adalah mereka yang masih berkhidmat di Kementerian Pendidikan pada tempoh Julai hingga 31 Disember 2025. Bagi PPP yang layak tetapi tidak mempunyai ID DELIMa, sila laporkan perkara ini kepada HELPDESK DELIMa di alamat emel dhd@moe-dl.edu.my.


4.          Pilih sekurang-kurangnya satu (1) judul daripada senarai “Judul Khas Baucar Buku Guru”. Baucar hanya sah untuk satu (1) transaksi sahaja. Jika jumlah pembelian melebihi RM100, PPP boleh membuat bayaran tambahan secara atas talian.


5.          Pesanan akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.


Tarikh akhir penebusan: 30 September 2025

BANTUAN & PERTANYAAN:

Sekiranya PPP mengalami sebarang isu atau pertanyaan, sila gunakan SISTEM TIKET SOKONGAN melalui akaun Book Capital:

1.          Log masuk: https://mall.bookcapital.com.my/user/login

2.          Klik ‘Dashboard’ > ‘Help’ > ‘Open Ticket’


3.          Pilih kategori BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025


4.          Tulis dan hantar pertanyaan atau aduan anda.


Klik untuk Muat Turun Infografik & Panduan Lengkap Penebusan di https://drive.google.com/drive/folders/17ddw6bRDsE2BUAqFW6kZvQPB1gIrwoPW?usp=sharing 

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan inisiatif ilmu untuk guru Malaysia!

Hits : 204799