Selamat Datang ke PORTAL KPM

Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam

SOALAN LAZIM

AKAUN AMANAH TABUNG PENYELENGGARAAN SEKOLAH KERAJAAN DAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM

  1. Boleh terangkan dengan lebih lanjut berkenaan Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam?

Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam atau ringkasnya AATPSKIPTA diwujudkan secara rasminya pada 27 Mei 2019 di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 selepas diumumkan oleh Kerajaan Malaysia semasa Ucapan Bajet 2019. AATPSKIPTA diwujudkan bagi membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam.

  1. Apakah kegunaan Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam?

Sumbangan kepada AATPSKIPTA digunakan untuk menyelenggara dan membaiki bangunan dan infrastruktur Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam di seluruh Malaysia.

  1. Apakah manfaat kepada penyumbang Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam?

Penyumbang kepada AATPSKIPTA layak menerima pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Penyumbang perlu menerima dan menyimpan Resit Rasmi Kerajaan (Resit Kewangan 38) yang dikeluarkan bagi tujuan pengecualian cukai pendapatan.

Bagi mendapatkan Resit Rasmi Kerajaan, penyumbang perlu mengemukakan maklumat berikut di brosur yang disediakan:

  • Nama Pembayar (Individu atau Syarikat)
  • No. Pendaftaran Syarikat atau No. MyKad Individu
  • Nombor draf bank atau cek juruwang
  • Tarikh draf bank atau cek juruwang
  • Amaun
  • Alamat Berdaftar
  • Tandatangan
  1. Bolehkah sumbangan diberikan khusus kepada Sekolah Kerajaan atau Institusi Pendidikan Tinggi Awam?

Boleh. Sumbangan boleh diberikan khusus kepada mana-mana Sekolah Kerajaan atau Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Penyumbang yang hendak memberikan sumbangan khusus boleh berbuat sedemikian dengan membuat catatan dalam brosur atau melalui surat dan/atau e-mel kepada:

Bahagian Pengurusan Aset

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 12, No. 2, Menara 2

Jalan P5/6, Presint 5

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 Putrajaya

E-mel: tpskipta@moe.gov.my

  1. Bagaimana hendak menyumbang ke Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam?

Sumbangan kepada AATPSKIPTA boleh dibuat secara tunai atau melalui draf bank atau cek juruwang atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan atau dihantar kepada:

Bahagian Pengurusan Aset

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 12, No. 2, Menara 2

Jalan P5/6, Presint 5

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 Putrajaya

Sumbangan tunai boleh dibuat di kaunter Bahagian Pengurusan Aset di Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 12, Presint 5, Putrajaya atau semasa jerayawara yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan lain-lain kementerian dan agensi dari semasa ke semasa.

  1. Di manakah hendak mendapatkan brosur Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam?

Brosur AATPSKIPTA boleh dimuat turun daripada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (www.moe.gov.my).

https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/akaun-amanah-tabung-penyelenggaraan-sekolah-kerajaan-dan-ipta

Hits : 5395