Selamat Datang ke PORTAL KPM

Calls For Papers For Specialized Studies Series On Teaching Arabic To Non-Arabic Speakers 2024

YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ YBrs. Dr./ Ts./ Tuan/ Puan, 

 

HEBAHAN MENGENAI “CALLS FOR PAPERS FOR SPECIALIZED STUDIES SERIES ON TEACHING ARABIC TO NON-ARABIC SPEAKERS 2024

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah mengemukakan hebahan mengenai Calls for papers for Specialized Studies Series on Teaching Arabic to Non-Arabic Speakers 2024Melalui inisiatif ini, pihak  Center of Arabic for Non-Arabic Speakers, ICESCO akan mempromosikan penerbitan, menyatukan penyelidikan saintifik dan pendidikan dalam bidang bahasa Arab dan meningkatkan usaha untuk memupuk kewujudan hasil penerbitan ini di persada antarabangsa melalui pembangunan linguistik, teori pendidikan dan teknologi. Melalui inisiatif ini, pihak ICESCO telah menerbitkan tiga siri kajian saintifik dalam bidang linguistik gunaan berdasarkan teori terkini dalam linguistik dan sains pendidikan.

 

3.         Dalam hal ini, pihak ICESCO mempelawa pihak yang berminat, para penyelidik dan pakar untuk mengemukakan kajian akademik yang dapat menyumbang kepada pembangunan pengajaran Bahasa Arab kepada penutur bukan Bahasa Arab dan memperkayakan pengetahuan Bahasa Arab melalui pendekatan dan kaedah kontemporari dan berinovatif. Sehubungan dengan itu, pihak yang berminat boleh mengemukakan abstrak dengan 200 patah perkataan, kerangka penyelidikan dan sesalinan CV serta pasport kepada pihak ICESCO melalui alamat emel (stans@icesco.org) sebelum atau pada 1 Mei 2024 (Rabu). Calon yang berjaya dipilih oleh juri akan dimaklumkan dalam masa dua minggu dan akan menerima pemakluman berkenaan hak penulisan serta kontrak untuk ditandatangani. Sesalinan nota konsep adalah seperti di Lampiran. Maklumat lanjut berkenaan penyertaan dan kriteria penerbitan boleh dirujuk melalui pautan:

https://icesco.org/wp-content/uploads/2024/04/conceptnotearabic2024.pdf

 

4.         Sekiranya ada pertanyaan lanjut, calon-calon yang berminat boleh menghubungi Dr. Anas H. Saeed melalui aplikasi WhatsApp (+212 774021063).

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hits : 243