Selamat Datang ke PORTAL KPM

Cadangan Penyelidikan: Mempelajari Kemiskinan dalam Kalangan Pelajar Kurang Upaya Di Asia Tenggara

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

CALL FOR RESEARCH PROPOSAL: LEARNING POVERTY AMONG LEARNERS WITH DISABILITIES IN SOUTHEAST ASIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Southeast Asian Ministers Of Education Organization Regional Center for Special Educational Needs (SEAMEO SEN) telah mengemukakan hebahan berkenaan pencarian research proposal. Tajuk penyelidikan yang dicadangkan adalah ‘Learning Poverty Among Learners with Disabilities in Southeast Asia’. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk menyediakan bukti asas learning poverty among Learners with Disabilities (LWD) serta memberi pemahaman yang lebih baik dalam penyusunan strategi dan merancang sesuatu aktiviti dan program. Maklumat lanjut mengenai penyediaan research proposal ini adalah seperti di Appendix A.

3. Sehubungan itu, sukacita calon yang berminat adalah dimohon untuk mengisi borang permohonan seperti di Appendix B dan muat naik borang tersebut di pautan https://link.seameosen.org/callforresearchproposal sebelum atau pada 22 Mei 2022. Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai penyelidikan ini boleh dikemukakan kepada pihak penganjur, En. Mohd Anis bin Abdul Razak melalui alamat emel mohd.anis@seameosen.edu.my.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

Muat Turun Appendix  di sini

Hits : 2716