Secara keseluruhannya, Bahagian Pendidikan Swasta menjalankan lima (5) fungsi utama seperti berikut :
Mengkonsepkan dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang menentukan halatuju pendidikan swasta.
Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta.
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan pendidikan swasta.
Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan ke arah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
Mewartakan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat pusat, negeri dan daerah sebagai Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di bawah Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550).
Galeri Gambar Aktiviti Bahagian / Sekolah Swasta
Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Sesi Town Hall di tiga buah negeri iaitu Melaka (22 Mac 2022), Sarawak (18 Jun 2022) dan Pulau Pinang (25 Jun 2022).
Objektif utama penganjuran sesi Town Hall ini adalah untuk :
• Mendapatkan data enrolmen kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun.
• Menggalakkan tadika swasta berdaftar dengan KPM; dan
• Menyelaras maklumat dan peraturan terkini berkaitan urusan rasmi tadika swasta dengan Bahagian di KPM dan agensi yang berkaitan.
PENAFIAN
Paparan ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Maklumat yang dipaparkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
© 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara.