Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 13, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA.
(u.p.: Urus Setia Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu)
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pengajaran dalam disiplin ilmunya menggunakan bahasa Melayu pada peringkat pengajian doktor falsafah, sarjana, sarjana muda atau diploma.
Penerbitan dalam bentuk bahan-bahan berwasit yang berimpak tinggi dalam bahasa Melayu daripada pelbagai sumber :
Anugerah dan sanjungan yang diterima pada peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa berasaskan sumbangan dalam memartabatkan bahasa Melayu, termasuk penyampai ucaptama, penceramah undangan, panel pakar rujuk, lembaga pengarang jurnal, pewasit makalah dan buku, pemeriksa tesis, penilai program akademik, penilai kenaikan pangkat, penilai sekepakaran dan penampilan dalam media.
Hasil penyeliaan tesis atau projek tahun akhir dalam bahasa Melayu (sebagai penyelia utama) bagi pelajar pada peringkat pengajian doktor falsafah, sarjana, sarjana muda dan atau diploma.
Penyelidikan yang berwibawa dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana pada peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa.
Khidmat perundingan dalam bahasa Melayu yang disumbangkan kepada mana-mana pihak yang membawa dampak kepada organisasi. Manakala inovasi ialah dokumen/panduan modul inovasi dalam bahasa Melayu adalah hasil kreativiti dan inovasi yang berdampak tinggi sama ada dalam bentuk inovasi organisasi, inovasi pemasaran, inovasi produk atau inovasi proses.dalam bahasa Melayu yang berimpak tinggi.”
Jawatan pentadbiran yang disandang pada peringkat institusi seperti Pengerusi Jawatankuasa peringkat fakulti, Penyelaras/Ketua Program, Penyelaras peringkat Jabatan atau Fakulti, Ketua Jabatan, Timbalan Pengarah/ Timbalan Dekan, Pengarah, dan lain-lain. Kriteria ini juga mengambil kira Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang dianugerahkan oleh organisasi.
Khidmat ikhtisas yang berdasarkan bidang kepakaran dan khidmat masyarakat di luar bidang tugas.