Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Penubuhan KWAPM adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang mula berkuat kuasa pada Januari 2003. Sumber peruntukan adalah melalui peruntukan tahunan yang diterima daripada MOF dan sumbangan wang awam. Bantuan KWAPM terdiri daripada dua jenis iaitu Bantuan Am Persekolahan (BAmP) dan Bantuan Kecemasan (BK). Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. Ia bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003(pindaan 2025). Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 31 Mac 2023.
Klik Muat Turun Untuk Maklumat Lanjut.
Hits : 439992