Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan

 
home

Ketua Jabatan
> Encik Zainal bin Abas

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Membudayakan Penggunaan Sumber Dan Teknologi Pendidikan Untuk Melahirkan Generasi Kalis Masa Hadapan

OBJEKTIF

  • Memastikan buku teks berkualiti dibekalkan ke sekolah dalam tempoh yang ditetapkan

  • Menghasilkan sumber pendidikan dan bahan bacaan yang berkualiti kepada murid, guru dan masyarakat

  • Mengintegrasi teknologi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan PdP guru dan murid

  • Mengenal pasti pelbagai teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan dan program pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti PdP

  • Meningkatkan amalan budaya membaca dalam kalangan murid, guru dan masyarakat

  • Memastikan semua sekolah mencapai sekurang-kurangnya 3 bintang dalam penarafan SSQS/DSQS

FUNGSI

  • Merancang, mengurus, memantau dan menilai keperluan dasar serta kualiti sumber dan teknologi Pendidikan

  • Merancang dan mengurus penghasilan buku teks sekolah rendah dan menengah

  • Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau skim pinjaman buku teks

  • Merancang, mengurus dan menilai penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media 

  • Merancang, mengurus dan memantau pelantar pembelajaran dan program bagi menyokong pembelajaran digital

  • Merancang, mengurus dan melaksana penyelidikan dan pembangunan sumber dan teknologi Pendidikan

  • Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau, menilai dan membudayakan pengintegrasian teknologi dalam Pendidikan

  • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan digital 

  • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program pembangunan pusat sumber sekolah dan budaya membaca

  • Merancang serta mengurus setia Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan tadbir urus Dasar Buku Negara (DBN) bagi memperkukuh budaya membaca dan memperkasa industri perbukuan negara

PIAGAM PELANGGAN

Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada minggu pertama sesi baharu persekolahan bermula.

CARTA ORGANISASI

2021 Carta Organisasi BSTP

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pesiaran Bukit Kiara,
50604 Kuala Lumpur.

Cawangan Putrajaya:
Aras 1-3, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Wilayah Persekutuan Putrajaya
03 8884 5027/8884 4278/
2081 8002
03 - 2081 7788 zainal.abas@moe.gov.my

Hits : 3883