Bahagian PERMATA telah diberi kepercayaan mengetuai delegasi Malaysia ke The 15th ASEAN+3 Student Camp & The 17th ASEAN+3 Teacher Workshop for the Gifted in Science yang berlangsung dari 4 hingga 10 Januari 2026 bertempat di Seoul National University, Korea Selatan.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Pn. Siti Maizatul Akmal Binti Abdullah dan terdiri daripada murid serta guru dari Kolej PERMATA Insan dan Nobel International School — melibatkan 6 pelajar dan 2 guru, iaitu Dr. Siti Munirah binti Mohd, Zahin Alamgir Jiwa bin Mohamad Najib, Nurzahra binti Zulkifli, Nur Farisya Sara binti Saiful Hasmerol Erwan, Pn. Ng Mei Yen, Jayvien Cai Tlin Yeah, Yeoh Jho, dan Ang Yu Heng. Seramai 129 peserta menyertai program ini mewakili 13 negara, termasuk Sweden, Korea dan China.
Tema program: Food for All: The Role and Responsibility of Science for a Sustainable Tomorrow
Objektif utama adalah untuk memupuk kemahiran inkuiri saintifik, pemikiran kreatif dan rentas disiplin, tanggungjawab sosial dalam sains, serta memperkukuh kefahaman terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Sepanjang 7 hari program berlangsung, peserta menjalani pelbagai aktiviti bermakna seperti eksperimen saintifik berasaskan inkuiri, kerja kumpulan projek, dan lawatan ilmiah ke National Museum of Korea, Gwacheon National Science Museum, makmal biologi dan fizik di Seoul National University, serta Incheon Jisan Science High School – antara sekolah sains terbaik di Korea.
Malaysia turut mencatat kejayaan membanggakan:
Silver Award – Zahin Alamgir Jiwa bin Mohamad Najib
Outstanding Student Award – Nurzahra binti Zulkifli
(kedua-duanya dari Kolej PERMATA Insan)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan guru pengiring atas komitmen dan pencapaian cemerlang!
Malaysia terus komited melahirkan generasi saintis muda bertaraf global.
Hits : 82