Selamat Datang ke PORTAL KPM

Bahagian PERMATA

 
home

Ketua Jabatan
> Dr. Normas binti Awang

 

VISI

Memacu Insan Berkualiti, dengan Meraikan Kepelbagaian Bakat.

MISI

Menyerlahkan kepelbagaian potensi dan bakat individu bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti untuk memenuhi keperluan negara.

OBJEKTIF

  • Menyediakan pendidikan yang menjadi pelengkap kepada sistem pendidikan kebangsaan sedia ada serta mewujudkan kesimbungan pendidikan bagi anak-anak Malaysia sejak lahir hingga dewasa (from cradle to career) dalam memastikan tiada anak yang tertinggal dalam mengejar kecemerlangan.
  • Program PERMATA Negara: Memberikan asuhan dan didikan berkualiti kepada kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dengan mencapai kesemua enam (6) bidang perkembangan termasuk menguasai kemahiran asas urus diri seperti mana dalam Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan seiring matlamat Falsafah Pendidikan Negara;
  • Program PERMATA Pintar: Menyediakan satu sistem pendidikan khusus, mencabar dan holistik bagi murid pintar dan berbakat untuk melonjakkan potensi mereka ke tahap yang optimum, seterusnya menjadikan mereka aset negara yang bernilai;
  • Program PERMATA Insan: menyediakan satu pendidikan khusus berasaskan INAQ (integrasi ilmu Naqli dan Aqli) bagi murid pintar dan berbakat Muslim untuk melonjakkan potensi mereka ke tahap optimum dan seterusnya menjadikan mereka ilmuan islam yang unggul.
  • Program PERMATA Seni: menggilap bakat dan potensi tinggi murid-murid dalam Seni Koir, Seni Muzik dan Seni Tari.
  • PERMATA Remaja: membangunkan potensi remaja dari kumpulan B40 yang berusia di antara 13-19 tahun yang tinggal di kawasan miskin bandar (youth at risk) berdasarkan kekuatan atau aset mereka sendiri.
  • Program PERMATA Kurnia: menyediakan intervensi awal dan pendidikan berkualiti bagi kanak-kanak autisme berumur 2 hingga 6 tahun agar menjadi berdikari serta bersedia ke sekolah arus perdana dan seterusnya memberi sumbangan kepada masyarakat.
  • Program PERMATA STEM Talent: mengekal dan meningkatkan kebolehan graduan pintar dan berbakat untuk mencapai potensi tertinggi - nobel laureate Malaysia.

FUNGSI

Fungsi Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut :

  • Merancang hala tuju, membangunkan program, menetapkan senarai aktiviti, menggubal dasar dan membangunkan Key Performance Indicator (KPI) yang merangkumi ;
    • Program-Program yang berada di bawah tadbir urus Bahagian  iaitu; PERMATA Negara, PERMATA Kurnia dan PERMATA STEM Talent; dan
    • Program yang berada di bawah pelaksanaan Agensi Pelaksana iaitu PERMATA@Pintar (UKM), PERMATA Seni (JKKN), PERMATA Insan (USIM) dan PERMATA Remaja (UKM).
  • Menyelaras keperluan program yang melibatkan peruntukan, pelaksanaan sesi libat urus (engagement) dengan pelbagai pihak, pengurusan data/maklumat berkaitan dan lain-lain.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi program yang berada di bawah tadbir urus Bahagian iaitu berkaitan Program PERMATA Negara, PERMATA Kurnia dan PERMATA STEM Talent.
  • Melaksanakan fungsi pengurusan dan kewangan selaras dengan status sebagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang melibatkan program di bawah kawalan Bahagian meliputi Program PERMATA Negara, PERMATA Kurnia dan PERMATA STEM Talent.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian PERMATA berjanji akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti berasaskan kecekapan, ketepatan, kepantasan dan penuh berintegriti. Kami akan memastikan perkara-perkara berikut terlaksana :

  • Memastikan keputusan pemilihan anak PERMATA Negara yang berjaya dikeluarkan dalam tempoh sebulan sebelum sesi baharu bermula.
  • Memastikan pengendalian penilaian kendiri, validasi, penyelarasan laporan penilaian dan perakuan standard kualiti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak (SKPAK) TASKA-TASKA kerajaan dan  swasta yang telah dinilai siap dalam tempoh satu (1) tahun.
  • Menjalankan pemerhatian dan pentaksiran dalam tempoh  dua (2) minggu kehadiran kanak-kanak autisme di PERMATA Kurnia sebelum membuat perbincangan berkenaan Pelan Perkhidmatan Individu dan Keluarga (PPIK).
  • Menyediakan pendidikan khusus berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Teknologi Digital untuk murid pintar dan berbakat.
  • Melahirkan teknokrat dan ilmuan Islam yang mampu menyatupadukan ilmu Sains, Teknologi, Agama , Kejuruteraaan, Seni dan Matematik (STREAM) dengan mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli (INAQ) bagi memupuk nobelist mindset.
  • Memperkasa kecemerlangan alumni PERMATA Pintar dan PERMATA Insan melalui pembangunan profesional yang berterusan dan teknologi terkini yang mampu menyumbang kepada negara.
  • Mewujud, menguji dan menyelaras program intervensi bagi tujuan memperkasakan golongan remaja.
  • Mengilap bakat dan potensi tinggi murid berumur 7 hingga 17 tahun dalam Seni Koir, Seni Muzik dan Seni Tari.
  • Menyediakan maklumbalas pelanggan (aduan/pertanyaan/cadangan) dalam tempoh 14 hari bekerja.

CARTA ORGANISASI

CARTA BAHAGIAN PERMATA 2024

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)

Bahagian PERMATA, 
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok Podium,
Menara Usahawan, Persiaran Perdana,
Presint 2,
62652 Putrajaya.

 03-8880 5151/5147  03-8880 5166  

Hits : 5279