Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

 
home

Ketua Jabatan
>YBhg. Datin Rosliza Binti Rosli

 

VISI

Peneraju kecemerlangan penggubalan dasar, perancangan dan penyelidikan untuk pendidikan berkualiti.

MISI

Menggubal dasar pendidikan negara melalui perancangan dan penyelidikan ke arah sistem pendidikan berkualiti.

OBJEKTIF

  • Merancang dan mengurus aktiviti perancangan, penyelidikan dan penggubalan dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara.

  • Menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui penyelidikan, intervensi dan penilaian supaya pelaksanaan perancangan pendidikan berjalan dengan lebih berkesan serta menepati indikator antarabangsa.

  • Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan perancangan pembangunan pendidikan.

  • Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Merancang dan menguruskan aktiviti perancangan dan penyelidikan berasaskan piawaian kualiti.

  • Menjadi pusat pangkalan data dan maklumat pendidikan bagi tujuan perancangan, penggubalan dan pemutusan dasar pendidikan.

FUNGSI

  • Menerajui, merancang, mengurus dan menggubal dasar pendidikan makro serta mengawal seliaan dan menguatkuasakan Akta Pendidikan dan Peraturan Pendidikan.

  • Menerajui perancangan, penyelarasan dan pengesanan dasar pembangunan pendidikan makro secara holistik.

  • Menerajui, merancang dan melaksana penyelidikan dasar, program dan aktiviti pendidikan bagi perancangan pembangunan pendidikan dan penggubalan dasar pendidikan.

  • Menerajui, merancang, merangka dan melaksana penyelidikan perbandingan pencapaian pendidikan dengan agensi serantau dan antarabangsa pada peringkat kebangsaan.

  • Menerajui, merancang, mereka bentuk dan melaksanakan analisis sistem pengurusan data, pangkalan data dan maklumat pendidikan KPM.

  • Menerajui, merancang, memantau pembangunan koleksi rujukan, sumber pengetahuan, pusat rujukan dan pengurusan kualiti.

  • Menerajui, merancang, menyemak dan menilai semula Pembangunan Organisasi Bahagian Profesional KPM, JPN dan PPD.

 

PIAGAM PELANGGAN

 
  • Menyediakan kertas dasar (Kertas Cadangan/Kertas Makluman) Kementerian Pendidikan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Menyelaras penyediaan draf jawapan kepada pertanyaan bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara tujuh hari sebelum bermulanya sesi persidangan Parlimen bagi tahun semasa.
  • Menyediakan perancangan program/projek dan menghasilkan dokumen perancangan pembangunan pendidikan tahunan bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) mengikut Roling Plan dalam tempoh sembilan bulan.
  • Menyediakan buku rujukan pantas (Quick Facts) yang mengandungi data dan makiumat pendidikan yang sah serta lengkap pada bulan September dalam tahun semasa.
  • Membekalkan data dan makiumat pendidikan yang diluluskan oleh pihak pengurusan dalam tempoh lima hari bekerja.
  • Menyediakan enam laporan penyelidikan berkaitan dasar pendidikan yang membantu pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia membuat keputusan dalam tahun semasa.
  • Memberi keputusan terhadap kertas cadangan penyelidikan pendidikan dalam tempoh lima hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  • Menerbitkan laporan kebangsaan pencapaian Malaysia berdasarkan hasil kajian penandaarasan antarabangsa menurut pusingan pelaksanaan kajian dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
  • Mendokumen bahan koleksi yang diterima dalam tempoh tujuh hari bekerja.
  • Mengambil tindakan terhadap penyediaan maklum balas bagi cadangan/pertanyaan/ aduan yang dikemukakan oleh pelanggan dalam tempoh selewat-lewatnya 15 hari bekerja.

CARTA ORGANISASI

 

 

**Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok E8, Kompleks E
62604 Putrajaya

03-8884 6500 03-8889 5718 [emel]

Hits : 149702