Selamat Datang ke PORTAL KPM

Bahagian Pengurusan Maklumat

 
home

Ketua Jabatan
> YBrs. Dr. Azlena binti Haron

 

VISI

Peneraju Pelaksanaan ICT Bersepadu bagi Menyokong Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia.

MISI

Merancang, melaksana dan memantau Ekosistem ICT yang Efektif dan cost efficient.

OBJEKTIF

  • Menentukan hala tuju, merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT KPM.
  • Membangun dan melaksana sistem aplikasi ICT yang memenuhi keperluan pelanggan serta efektif dan efisien.
  • Menguruskan sistem pemprosesan peperiksaan awam mengikut masa yang ditetapkan secara efektif.
  • Merancang, melaksana dan memantau infrastruktur dan kemudahan ICT yang memenuhi keperluan Pendidikan digital.
  • Memberikan khidmat runding dan sokongan teknikal ICT. 

FUNGSI

  • Merangka, memacu dan melaksana perancangan strategik ICT serta tadbir urus projek ICT yang komprehensif selaras dengan dasar & peraturan yang berkuatkuasa.
  • Membangun dan melaksana sistem aplikasi KPM bagi memenuhi keperluan murid, guru dan institusi pendidikan secara efektif serta efisien
  • Merancang, menganalisis, mereka bentuk, membangun, menguji, menyenggara dan memantau Gudang Data, Sistem Generik, Integrasi dan Portal Kementerian serta memantau tahap prestasi serta ketersediaan pangkalan data KPM di tahap optimum
  • Merancang, menyedia dan memantau infrastruktur dan kemudahan ICT yang memenuhi keperluan Pendidikan Digital.
  • Membangun dan melaksana sistem aplikasi KPM bagi memenuhi keperluan murid, guru dan institusi pendidikan secara efektif serta efisien
  • Merancang, menganalisis, mereka bentuk, membangun, menguji, menyenggara dan memantau Gudang Data, Sistem Generik, Integrasi dan Portal Kementerian serta memantau tahap prestasi serta ketersediaan pangkalan data KPM di tahap optimum
  • Merancang dan mengurus perkhidmatan aduan secara berpusat serta khidmat pelanggan, melaksanakan promosi dan publisiti secara berterusan serta penyampaian maklumat dan libat urus kepasa pemegang taruh.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Membangunkan aplikasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja seperti yang dipersetujui bersama dengan pelanggan dalam tempoh enam (6) hingga dua belas (12) bulan mengikut kompleksiti.
  • Melaksanakan pemprosesan: - 
    • Peperiksaan awam selewat-lewatnya 5 hari sebelum keputusan diumumkan; dan
    • Pemilihan dan tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan tingkatan 6 selewat-lewatnya 5 hari sebelum semakan tawaran online dikeluarkan.
  • Memastikan aduan yang diterima melalui Meja Bantuan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.
  • Memastikan perkhidmatan Rangkaian Wide Area Network berdasarkan jaminan tahap ketersediaan 99%.
  • Menyediakan perkhidmatan Pusat Data berdasarkan jaminan tahap perkhidmatan seperti berikut: -
    • Ketersediaan Pusat Data di Ibu Pejabat dengan 99%.
    • Ketersediaan Pusat Data Pengehosan Web dengan 99%.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi BPM

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E11, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604 Putrajaya
03-88843686 03-8889 5244 bpm.upkl

Hits : 2057