Selamat Datang ke PORTAL KPM

Bahagian Pengurusan Aset

 
home

Ketua Jabatan
> Puan Zalina binti Rosli

 

VISI

Pengurusan Aset Yang Bersistematik, Cekap Dan Berkualiti

MISI

  • Menyelenggara aset pendidikan secara menyeluruh demi keselesaan murid dan warga pendidik.
  • Memastikan kemudahan aset pendidikan mencapai piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi.

OBJEKTIF

  • Merancang dan mengurus program/aktiviti pengurusan aset milik Kementerian selaras dengan dasar-dasar yang sedang berkuat kuasa.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan penyelenggaraan aset milik Kementerian Pendidikan Malaysia secara menyeluruh bagi menjamin suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
  • Merancang dan menyelaras penyediaan kemudahan infrastruktur asas demi menjamin kualiti pendidikan yang berkesan.
  • Merancang dan menyelaras penyediaan kuarters serta kemudahan sokongan Aset Tak Alih Kerajaan yang lebih selesa dan selamat.
  • Merancang, menyelaras dan memastikan aset alih Kerajaan milik Kementerian Pendidikan Malaysia dapat diurus dengan terselaras dan berkesan.

FUNGSI UTAMA

Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti penyelenggaraan dan pengurusan Aset Alih dan Aset Tak Alih Kementerian Pendidikan Malaysia

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan respon kepada pertanyaan dan aduan pelanggan diberi maklumbalas dalam tempoh 10 hari dan laporan status dalam tempoh dua (2) bulan.
  • Menyediakan kelulusan permohonan penyelenggaraan bangunan / infrastruktur yang diterima daripada JPN / Bahagian dalam tempoh satu (1) minggu.
  • Menguruskan permohonan pelantikan dalam tempoh dua (2) minggu bagi pelantikan seperti berikut:
    • Pegawai Aset
    • Pegawai Pemeriksa
    • Lembaga Pemeriksa Pelupusan
    • Jawatankuasa Penyiasat
    • Pegawai Pemverifikasi Stor
  • Mengurus pembayaran bil-bil / tuntutan dalam tempoh 14 hari.

CARTA ORGANISASI

Organisasi Bahagian Pengurusan Aset dilengkapi dengan enam (4) Seksyen seperti berikut:

  • Seksyen Pengurusan Fasiliti dan Infrastruktur
  • Seksyen Pengurusan Hartanah dan Aset Alih
  • Seksyen Teknikal
  • Seksyen Khidmat Pengurusan

2021 Carta Organisasi BPA

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pengurusan Aset
Aras 5 Blok E9,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuaan Putrajaya.
03-8884 2395 03-8888 0560 bpa

Hits : 2278