Selamat Datang ke PORTAL KPM

Bahagian Pendidikan Swasta

 
home

Ketua Jabatan
> Puan Aniza binti Kamarulzaman

 

VISI

Pendidikan Swasta Pendidikan Pilihan Bertaraf Dunia

MISI

  • Bertindak balas kepada perubahan dan keperluan dalam industri pendidikan swasta.
  • Pemurnian dan penetapan piawaian Institusi Pendidikan Swasta.
  • Memperkasa penguatkuasaan ke atas Institusi Pendidikan Swasta.
  • Menerajui kerjasama pintar dalam kalangan Institusi Pendidikan Swasta.
  • Menjadikan Institusi Pendidikan Swasta sebagai institusi pilihan dan penyumbang kepada ekonomi negara.

OBJEKTIF

  • Memastikan pelaksanaan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta selaras dengan dasar pendidikan negara.
  • Memastikan pendaftaran institusi pendidikan swasta mematuhi peruntukan perundangan dan syarat yang ditetapkan.
  • Memastikan pelaksanaan sistem pengawal seliaan dan penguatkuasaan yang efektif.
  • Memastikan data dan maklumat institusi pendidikan swasta tepat dan kemas kini.
  • Menjana pendapatan negara melalui Perkongsian Awam dan Swasta (PPP) serta Pengantarabangsaan Pendidikan.

FUNGSI 

  • Mengkonsepkan dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang menentukan halatuju pendidikan swasta.
  • Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta.
  • Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan pendidikan swasta.
  • Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan ke arah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
  • Mewartakan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat pusat, negeri dan daerah sebagai Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di bawah Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550).

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia  dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan :

  • Surat perakuan penerimaan permohonan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta dikeluarkan dalam masa 14 hari bekerja.
  • Maklum balas permohonan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta diberikan dalam masa 30 hari bekerja.
  • Surat kelulusan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima kelulusan daripada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru.
  • Surat sokongan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi permohonan mendapatkan pas pelajar / pas penggajian dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh diterima.
  • Perakuan penerimaan aduan atau sebarang pertanyaan dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja.
  • Siasatan dijalankan terhadap sebarang aduan dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh makluman diterima.
  • Surat sokongan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung perekrutan pelajar antarabangsa di Institusi Pendidikan Swasta dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Maklum balas kepada permohonan mendapatkan maklumat dan data diberikan dalam tempoh 14 hari bekerja.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi B. Pendidikan Swasta


HUBUNGI 

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pendidikan Swasta 
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 3, Blok E2, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604 Putrajaya.
03-8884 9536 (KAUNTER) 03-8888 6676 / 6679 bps

 Untuk mengetahui senarai sekolah swasta yang telah berdaftar, sila layari https://smips.moe.gov.my/utama.cfm?cari=1 .

Hits : 2386