Selamat Datang ke PORTAL KPM

Bahagian Pendidikan Khas

 
home

Ketua Jabatan
> YBrs. Dr. Rodiah binti Idris

 

VISI

Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid berkeperluan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan

MISI

Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:

  • Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik;
  • Perkembangan potensi diri ke tahap optimum;
  • Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran;
  • Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab;
  • Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak; dan
  • Pengantarabangsaan Program Pendidikan Khas

OBJEKTIF

  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
  • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang Pendidikan Khas

FUNGSI

  • Memperluas akses dan ekuiti pendidikan kepada MBK melalui Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
  • Memperkasa strategi pengoperasian Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
  • Membangunkan modal insan MBK mengikut potensi dan meningkatkan kebolehpasaran dalam pelbagai bidang.
  • Membangunkan kapasiti sumber manusia di Bahagian, Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
  • Mempertingkat prasarana mesra orang kurang upaya (OKU) dan persekitaran pembelajaran yang kondusif di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
  • Memperkasa perkhidmatan sokongan dan bantuan pendidikan khas
  • Memantapkan tadbir urus organisasi Bahagian.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memaklumkan keputusan penempatan guru pendidikan khas selewat-lewatnya 9 hari bekerja selepas menerima agihan penempatan ke bahagian.
  • Memaklumkan keputusan pertukaran guru pendidikan khas selewat-lewatnya 4 hari bekerja selepas keputusan dalam talian diumumkan.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi B. Pendidikan Khas

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pendidikan Khas, 
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 2, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 1,
62604, Wilayah Persekutuan Putrajaya
03-88849190 03-88886670 [emel]

Hits : 3751