Selamat Datang ke PORTAL KPM

Bahagian Khidmat Pengurusan

 
home

Ketua Jabatan
> Puan Fadzilah binti Fadzil

 

VISI

Menyediakan khidmat pengurusan yang berkualiti dalam mendokong sistem penyampaian perkhidmatan KPM.

MISI

Peneraju kecemerlangan tadbir urus yang berkualiti dan berinovasi bagi Kementerian Pendidikan Malaysia

OBJEKTIF

  • Mengurus hal ehwal pentadbiran dan perkhidmatan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan pengurusan perolehan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi.
  • Merancang, mengurus dan melaksana program utama Kementerian dan khidmat nasihat protokol.
  • Merancang, menyelaras dan mengurus sistem pengurusan rekod secara sistematik dan sempurna di Kementerian dan agensinya.
  • Merancang, mengurus dan melaksana pengurusan dan keselamatan bangunan merangkumi penyelenggaraan sivil, elektrikal, mekanikal, keselamatan fizikal dan pengurusan lalulintas di Kompleks E, KPM.

FUNGSI

  1. PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN
    • Pengurusan hal ehwal pentadbiran bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi KPM.
    • Pengurusan hal ehwal perkhidmatan bagi pegawai-pegawai di Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit bawah Pengurusan Tertinggi dan BKP.
    • Pengurusan Kenderaan Fleet Kementerian (SPANCO).
  1. KEWANGAN
    • Merancang dan melaksanakan pengurusan akaun Bahagian dan Unit-unit di bawah Pengurusan BKP bagi 3 aktiviti utama (Pengurusan Tertinggi, Khidmat Pengurusan dan Unit Komunikasi Korporat- bagi Bahagian Pusat Tanggungjawab (PTJ) 140201 dan Sistem Perancangan dan Kawalan Perbelanjaan (eSPKB).
    • Mengurus dan mengakaunkan terimaan dan hasil serta menyediakan Penyata Pemungut di peringkat Bahagian.
    • Menyelaras, menyedia dan mengemukakan jawapan / maklumbalas pertanyaan / teguran Jabatan Audit Negara / Bahagian Audit Dalam / naziran serta laporan secara berkala kepada Bahagian Kewangan dan Bahagian Akaun mengikut   tempoh yang telah ditetapkan.
  1. PENGURUSAN PEROLEHAN DAN ASET
    • Merancang, menyelaras dan menguruskan perolehan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit di bawah Pengurusan Tertinggi dan bahagian.
    • Merancang, menyelaras dan menguruskan aset bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit di bawah Pengurusan Tertinggi dan bahagian.
  1. PENGURUSAN MAJLIS
    • Merancang, mengurus dan melaksana program utama Kementerian dan khidmat nasihat protokol.
    • Menguruskan pasukan protokol Kementerian.
  1. PENGURUSAN REKOD
    • Membangunkan klasifikasi fail berdasarkan klasifikasi fail Arkib Negara.
    • Melaksanakan sistem pengurusan rekod elektronik secara berpusat di Kementerian (DDMS).
    • Menguruskan Registri Berpusat Kementerian.Melaksanakan program kesedaran pengurusan rekod melalui khidmat nasihat, kursus dan taklimat.
    • Menyelaras pelantikan pegawai pengelas, pendaftar rahsia, pegawai keselamatan berjadual dan pegawai/pembantu tadbir rekod jabatan.
    • Melaksanakan inspektorat pengurusan rekod bagi mematuhi perundangan dan peraturan pengurusan rekod melalui Tim Inspektorat Pengurusan Rekod.
    • Mengurus dan memastikan pelupusan rekod dilaksanakan secara sistematik di Kementerian.
    • Menguruskan dokumen terperingkat mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Arahan Keselamatan.
  1. KESELAMATAN DAN PENYELENGGARAAN
    • Merancang, mengurus dan melaksana pengurusan dan keselamatan bangunan merangkumi penyelenggaraan sivil, elektrikal, mekanikal, keselamatan fizikal dan pengurusan lalu lintas di Kompleks E, KPM.
    • Merancang, mengurus ruang pejabat melalui Jawatankuasa Pengurusan Ruang Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia.
    • Merancang, mengurus dan menyelia penggunaan kemudahan gunasama Kementerian.
    • Memantau penyelesaian aduan oleh kontraktor penyelenggaraan lantikan JKR.

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Bahagian Khidmat Pengurusan Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berjanji Akan :

  • Memastikan pengemaskinian Buku Perkhidmatan Kerajaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima surat bagi urusan pertukaran keluar pegawai.
  • Memastikan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima bil dan dokumen yang lengkap.
  • Memastikan pelaksanaan Inspektorat Pengurusan Rekod KPM sekali setahun.
  • Melaksanakan Program Kesedaran Pengurusan Rekod KPM 2 kali setahun.
  • Menguruskan permohonan Kad Akses bagi semua anggota yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh 7 hari bekerja setelah menerima borang lengkap dari pemohon.
  • Memastikan aduan kerosakan mekanikal, elektrikal, kerja kejuruteraan awam dan pembersihan di Kompleks E, KPM diberi akuan terima oleh kontraktor dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima.
  • Mengurus dan menyelaras kemudahan Dewan Serbaguna, bilik-bilik mesyuarat, bilik perbincangan dan ruang sidang media serta bilik jamuan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tempoh tempahan diterima.

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI BKP STRUKTUR BAHARU 06092019 page 001

HUBUNGI 

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6, Blok E8, 
Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya.
03-8884 6165 / 6163 03-8889 5235 / 03-8884 6098 bkp

Hits : 2330