Selamat Datang ke PORTAL KPM

Bahagian Kewangan

 
home

Ketua Jabatan
> Encik Yahya bin Ab Ghani

 

VISI

Mencapai tahap pengurusan kewangan yang cemerlang bertaraf dunia.

MISI

Mengurus kewangan KPM secara cekap, berkesan dan berhemah melalui perancangan, pelaksanaan, penguatkuasaan bersepadu dan meningkatkan tadbir urus yang berkualiti.

OBJEKTIF

Objektif Umum: 
Merancang, melaksana, mengawal dan menilai pengurusan kewangan KPM supaya diuruskan secara cekap, ekonomik dan berkesan.

Objektif Operasi:

  • Menentukan peruntukan kewangan yang disediakan, diurus dan dibelanjakan secara optimum.
  • Memastikan pelaksanaan pengurusan kewangan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan pengurusan kewangan secara cekap, ekonomik dan berkesan.
  • Memberi khidmat nasihat pengurusan kewangan

FUNGSI

  • Dasar Kewangan KPM
  • Peruntukan ABM
  • Dasar Pemberian Bantuan Persekolahan
  • Kemudahan dan Pembiayaan
  • Pakej bagi Majlis / Acara Rasmi Kerajaan
  • Mesyuarat Jawatankuasa  Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) Peringkat KPM

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Kewangan berjanji akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti berasaskan kecekapan, ketepatan, kepantasan dan penuh berintegriti. Dalam hubungan ini, kami akan memastikan perkara-perkara berikut terlaksana:

  • Pengagihan Waran Peruntukan Belanja Mengurus diagihkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh waran am diterima;
  • Pembayaran bil diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Permohonan kelulusan pakej diberikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Semua Teguran Audit diberi perakuan penerimaan dalam tempoh satu (1) hari dan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh teguran diterima;
  • Semua Aduan Pelanggan diberi perakuan penerimaan dalam tempoh satu (1) hari dan diselesaikan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh aduan diterima;
  • Permohonan kelulusan Pembiayaan Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer/ Telefon Bimbit diberikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Penyaluran semua jenis bantuan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan
  • Permohonan Kelulusan ke Luar Negara diluluskan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh perjalanan tertakluk dokumen lengkap diterima.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi B.Kewangan


HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Kewangan, 
Aras 6 & 7, Blok E12, 
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
03-8884 7700 03-8884 7679 bkew

Hits : 2225