• Tokoh

TAHUN 2019

PROFESOR. DR. SAEDAH BINTI SIRAJ

Kepakaran

  • Kurikulum dan Teknologi Pengajaran
  • Pengajian Masa Depan
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sumbangan dan Pengiktirafan

  • Penulisan dan penerbitan karya-karya berbahasa Melayu dalam bentuk penyelidikan, pengajaran, penyeliaan tesis, ucaptama, makalah jurnal, buku, bab dalam buku dan karya terjemahan;
  • Profesor Kehormat di Universiti Malaya;
  • Pakar Rujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) (2018);
  • Ahli Jawatankuasa Program CREAM, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (2015);
  • Panel Pakar Standard Program: Pendidikan, MQA (2012);
  • Pakar Rujuk Peperiksaan STPM (Syariah), Majlis Peperiksaan Malaysia (2008);
  • Penilai Projek Sejarah dan Kebudayaan Melayu (ESKM), Behagian Ensiklopedia, Dewan Bahasa dan Pustaka (2008);
  • Panel Penulis Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999);
  • Sumber Utama Penceramah Kursus Analisis Kandungan Buku Teks KBSM, KPM (1994);
  • Panitia Pemartabatan Bahasa Melayu daerah Muar (1977-1979);
  • Panel Hakim Debat dan Anugerah Penulisan-penulisan dalam Bahasa Melayu; dan
  • Pakar Rujuk Bahagian Buku Teks, KPM.

Karya Penulisan

  1. Kajian Masa Depan Dalam Pengembangan Kurikulum (2011);
  2. Kurikulum Masa Depan (2008);
  3. Remaja dan Strategi Penyelesaian Masalah (2001);
  4. Pendidikan Rumah Tangga (2001);
  5. Perkembangan Kurikulum: Teori dan Amalan (2001); dan
  6. Buku Teks Guru Prasekolah Komponen Bahasa Melayu (2003).

TAHUN 2017

Profesor Dr. Nik Hazlina binti Nik Hussain

Kepakaran

Perbidanan dan Sakit Puan

Sumbangan dan Pengiktirafan

  • Penulisan dan penerbitan karya-karya berbahasa Melayu dalam bentuk buku umum & ilmiah, makalah jurnal, penyelidikan, hasilan inovasi; penyeliaan tesis dan soal jawab di akhbar & majalah;
  • Penerima Anugerah Sanggar Sanjung, USM;
  • Penerima Hadiah Utama Karya Ilmiah Kebangsaan (2015);
  • Penerima Anugerah Penulisan Sains & Teknologi Terbaik dan Anugerah Citra Sahabat (Individu) oleh DBP (2015);
  • Ketua Projek Penulisan DBP-USM sejak 2008;
  • Penilai Manuskrip DBP, Penerbit USM dan penilai artikel bagi jurnal Sains Malaysiana; dan
  • Penterjemah Cochrane Bahasa Melayu.

Karya Penulisan

  1. Infertiliti: Rawatan Melalui Teknik Bantuan Reproduktif (2011)
  2. Memori Cinta Medik (2014)
  3. Apa Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Fibroid (2014)
  4. 100 Persoalan Mengenai Sakit Puan (2015)
  5. Kehamilan Dan Kelahiran (2015)
  6. Kesihatan Wanita: Kenapa Kacip Fatimah? (2015)
  7. Apa Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Endometriosis (2015)
  8. Apa Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Perancang Keluarga (2015)
  9. Masalah Seksual Lelaki Dalam Kesejahteraan Suami Isteri (2016)
  10. Ginekologi: Ilmu Kesihatan Wanita (2017)
  11. Mengejar Zuriat (2017)
  12. Penyusuan Ibu: Cetusan Laktasi dan Relaktasi (2017)
  13. Si Permata Hatiku: Panduan Penyusuan Bagi Ibu Berkerjaya (2015)

TAHUN 2016

Profesor Dr. Noriah binti Mohamed

Kepakaran

Sosiolinguistik dan Linguistik Sejarah dan Perbandingan

Sumbangan dan Pengiktirafan

  • Penulisan dan penerbitan karya-karya berbahasa Melayu dalam bentuk buku, makalah jurnal, karya terjemahan, penyelidikan, hasilan inovasi dan penyeliaan tesis;
  • Penerima Anugerah Pendidik Sanjungan, USM (2010);
  • Dosen Tamu di Universitas Andalas, Padang, Indonesia (2009);
  • Penerima Anugerah Hadiah Karya Kencana (2004);
  • Penerima Anugerah Penerbitan Akademik Majlis Penerbit Ilmiah Malaysia (MAPIM) (2002); dan
  • Pakar rujuk DBP, Majlis Peperiksaan Malaysia dan kajian bahasa terancam di Malaysia.

Karya Penulisan

  1. Topik Asas Sosiolinguistik: Siri Pengajian dan Pendidikan (2003)
  2. Kata di Gelanggang Bahasa: Esei-Esei Penghargaan untuk Profesor Mashudi Kader (2009)
  3. Variasi Bahasa Melayu (2013)
  4. Kata Pinjaman Bahasa Tamil dalam Bahasa Melayu (2015)
  5. Panji Jayengtilem (2017)
  6. Hikayat Hang Tuah (2017) – Penulis bersama

TAHUN 2014

Profesor Dr. Nor Hashimah Jalaluddin

Kepakaran

Linguistik (Semantik, Pragmatik dan Leksikografi)

Sumbangan dan Pengiktirafan

  • Penulisan dan penerbitan karya-karya berbahasa Melayu dalam bentuk buku, makalah jurnal, laporan teknikal, penyelidikan, hasilan inovasi dan penyeliaan tesis;
  • Penerima Anugerah Bitara Bahasa Melayu (Akademia Bahasa Melayu);
  • Ketua Jawatankuasa Pemartabatan Bahasa Melayu di IPT;
  • Pakar Rujuk Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Singapura; dan
  • Ahli Majlis Penataran Bahasa Melayu UKM dan wakil tetap Bahasa Melayu di peringkat ASEAN melalui kegiatan Majlis Bahasa Melayu Indonesia, Brunei dan Malaysia.

Karya Penulisan

  1. Bahasa Dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik Dan Pragmatik (2003)
  2. Sistem Panggilan Dalam Keluarga Melayu: Satu Dokumentasi (2005)
  3. Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing : Peringkat Asas Buku 1 (2007)
  4. Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing : Peringkat Asas Buku 2 (2007)
  5. Kepelbagaian Dimensi Linguistik (2009)
  6. Asas Fonetik (2015)

TAHUN 2013

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Hj. Othman

Kepakaran

Teknologi Fotovoltan & Fotovoltan Terma dan Sejarah & Falsafah Sains Islam

Sumbangan dan Pengiktirafan

  • Penulisan dan penerbitan karya-karya berbahasa Melayu dalam bentuk buku, makalah jurnal, laporan teknikal, penyelidikan, hasilan inovasi dan penyeliaan tesis;
  • Penerima Anugerah Ikon Pejuang Bahasa kategori Akademik, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (2016);
  • Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia (2006 hingga kini);
  • Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia;
  • Top Research Scientist Malaysia, Akademi Sains Malaysia (2013); dan
  • WREN Pioneer, World Renewable Energy Network/Council (2004)

Karya Penulisan

  1. Pendidikan Tinggi Sains Ke Arah Reformasi Pendidikan (1993) – Penulis bersama
  2. Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan (2000)
  3. Wacana Sejarah Dan Falsafah Sains: Sains, Teknologi Dan Globalisasi (2003)
  4. Kaedah Penyelidikan Saintifik (2014)
  5. Pengenalan Sains Tauhidik (2014)
  6. Sains Dalam Ekosistem Ilmu (2017)

TAHUN 2012

YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh bin Yaapar

Kepakaran

  • Kesusasteraan Bandingan
  • Kesusasteraan Dunia Melayu
  • Teori Kesusasteraan

Sumbangan dan Pengiktirafan

  • Penulisan dan penerbitan karya-karya berbahasa Melayu dalam bentuk penyelidikan, pengajaran, penyeliaan tesis, ucaptama, makalah jurnal, buku, bab dalam buku dan karya terjemahan;
  • Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan Ahli Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (Lantikan Kerajaan Malaysia);
  • Penerima Anugerah Tokoh Pendidikan (2017);
  • Penerima Anugerah Sanggar Sanjung, USM (2003, 2006, 2007, 2013 & 2017);
  • Penerima Anugerah Perdana Penyelidik Sastera dan Budaya Melayu Prolifik (Anugerah Buku Negara 2017); dan
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia, DBP (Kategori Buku, 2004 dan Kategori Esei, 2004).

Karya Penulisan

  1. Ziarah ke Timur (2002)
  2. Setaman Pantun Merdeka (2007)
  3. Setaman Pantun Lestari (2010)
  4. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu (2014 & 2015)

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu

Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)