Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Sekretariat Majlis Sukan Sekolah Malaysia Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian hari ini telah menyertai ASEAN Schools Games (ASG) Ke-14 yang telah berlangsung di Brunei Darussalam dari 19 hingga 29 November 2025.
Kontinjen Malaysia menamatkan cabaran di 14th ASEAN Schools Games (ASG) 2025 dengan keputusan yang membanggakan apabila berada dalam kelompok tiga terbaik daripada 10 negara yang bertanding.
Malaysia memperoleh:
🥇 14 Emas
🥈 16 Perak
🥉 27 Gangsa
🔥 Jumlah keseluruhan: 57 pingat
Malaysia turut mencatat kejayaan penting apabila muncul johan keseluruhan bagi dua acara sukan, iaitu Wushu dan Sepak Takraw
Dari aspek prestasi keseluruhan, kontinjen negara turut menunjukkan peningkatan berbanding ASG 2024, apabila berjaya memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-4 kepada tempat ke-3, di samping meningkatkan jumlah kutipan pingat emas daripada 13 pingat emas kepada 14 pingat emas
KPM merakamkan penghargaan kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai teknikal, warga sekolah, ibu bapa serta semua pihak yang telah menyokong persiapan dan perjalanan kontinjen Malaysia. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama dan komitmen tinggi seluruh pasukan.
Tahniah kepada kontinjen Malaysia atas pencapaian ini. KPM melalui BSKK akan terus memperkukuh ekosistem sukan pendidikan untuk melahirkan generasi yang berdaya saing, berdisiplin dan berjati diri.
Majlis Sekolah Sukan Malaysia (MSSM) Pemacu Kecemerlangan Sukan.
Hits : 102