Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) memenangi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 untuk kategori Menyokong Kehidupan Sihat. Penganjur anugerah ini ialah T4 Education, sebuah badan pendidikan global yang mengiktiraf kecemerlangan sekolah di seluruh dunia. Kemenangan ini dicapai melalui inisiatif sekolah yang mempromosikan kesedaran dan sokongan kesihatan mental melalui aplikasi mudah alih dikenali sebagai HELPIE.
Hits : 116