Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Anugerah Inspirasi Kokurikulum (AIK) KPM Tahun 2025

3 OGOS 2026 | ANUGERAH INSPIRASI KOKURIKULUM (AIK) KPM TAHUN 2025

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek hari ini menyempurnakan Majlis Anugerah Inspirasi Kokurikulum (AIK) Kementerian Pendidikan (KPM) Tahun 2025 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya. AIK merupakan pengiktirafan tertinggi KPM kepada murid, guru, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta pegawai pusat kokurikulum yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Sebanyak lapan kategori anugerah disampaikan bagi mengiktiraf kecemerlangan warga pendidikan serta memperkukuh pembudayaan kokurikulum dalam melahirkan murid yang holistik, berdaya saing dan berakhlak mulia selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh; Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato' Wan Hashim Wan Rahim; barisan pengurusan tertinggi, pegawai kanan KPM serta warga pendidikan.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara, Nadi Negara"

Hits : 44