Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Anugerah Hamdan bin Rashid Al Maktoum ICESCO Award for Volunteering in Developing Educational Facilities in the Countries of the Islamic World

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN MENGENAI ANUGERAH “HAMDAN BIN RASHID AL MAKTOUM - ICESCO AWARD FOR VOLUNTEERING IN DEVELOPING EDUCATIONAL FACILITIES IN THE COUNTRIES OF THE ISLAMIC WORLD”

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah mengemukakan hebahan mengenai edisi ketiga Anugerah "Hamdan Bin Rashid Al Maktoum ICESCO Award for Volunteering in Developing Educational Facilities in the Countries of the Islamic World”. Melalui hebahan ini, pihak  pengajur telah membuka permohonan untuk anugerah Voluntary Development of Educational Facilities in the Islamic World bagi tahun 2022. Anugerah ini telah mula ditawarkan sejak tahun 2017 oleh TYT Sheikh Hamdan Bin Rashid Al Maktoum dengan kerjasama ICESCOBagi tahun 2022, nilai anugerah yang ditawarkan adalah dalam anggaran USD100,00 bagi setiap pemenang. Sesalinan brosur mengenai anugerah ini adalah seperti di  Lampiran.

3.       Objektif utama pelancaran anugerah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada invididu yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawan dan amal jariah di dalam bidang pendidikan, mengalakkan usaha untuk membangunkan kemudahan dan infrasturuktur pendidikan yang baharu dan menaik taraf kemudahan dan infrasturuktur pendidikan sedia ada di dunia Islam.  Maklumat lanjut mengenai anugerah ini dan borang permohonan boleh dirujuk melalui pautan: https://www.ha.ae/

4.       Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui pautan tersebut diatas sebelum atau pada 30 November 2022 (Rabu). Sekiranya ada pertanyaan lanjut, calon-calon yang berminat boleh menghubungi pihak pengajur melalui alamat emel (Hamdan.icesco.prize@ha.ae) atau melalui talian telefon +971 45 01 33 33 / +212 537 56 60 52.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hits : 2329