SYARAT DAN PERATURAN 

SYARAT UMUM

  • 1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di dalam negara termasuk Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

  • 2. Penyertaan kategori individu atau berkumpulan terbuka kepada semua ahli akademik warganegara dan bukan warganegara yang berkhidmat secara tetap atau kontrak sepenuh masa di IPT di Malaysia.

  • 3. Penyertaan untuk kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif adalah secara institusi manakala penyertaan Pengajaran Transformatif, Pentaksiran Alternatif dan Pengalaman Pembelajaran Imersif adalah secara individu atau berkumpulan.

  • 4. Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan.

  • 5. Ahli kumpulan yang menyertai Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) tidak boleh terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pemilih AKRI 2018 dan 2019.

  • 6. Penganjur, Urus setia, Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Pemilih AKRI tidak boleh memohon.

  • 7. Pemenang Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi Kategori Pengajaran tidak dibenarkan menyertai AKRI.

  • 8. Pemenang AKRI yang lepas tidak dibenarkan memohon dalam kategori yang sama.

  • 9. Projek yang sama dibenarkan memohon di dalam kategori yang berbeza.

  • 10. Setiap pemohon perlu mengisi maklumat permohonan pada “Borang Maklumat Permohonan AKRI 2019” di pautan http://bit.ly/borangmaklumatAKRI2019 Borang tersebut memerlukan maklumat seperti di bawah:

    • a) Kategori/sub-kategori
    • b) Nama pemohon
    • c) Institusi
    • d) Organisasi
    • e) Alamat
    • f) Tajuk projek
    • g) Penyertaan individu/berkumpulan
    • h) Nama ahli kumpulan (jika ada)
    • i) E-mel
    • j) Salinan lembut (softcopy) Borang Permohonan AKRI 2019 (format Microsoft Word) tanpa pengesahan Naib Canselor / Rektor / Presiden / Ketua Eksekutif.
    • k) Pautan kepada pembuktian yang telah dipendekkan (menggunakan platform seperti Bitly, Google URL Shortener, dll.)

    Nota: 

    •  i) Pemohon hanya dibenarkan menggunakan platform GoogleDrive untuk mengemukakan pembuktian.
    •  ii) Pemohon tidak dibenarkan untuk membuat pindaan kepada pembuktian selepas tarikh tutup permohonan.
    • iii) Pautan kepada Google Drive tersebut perlu diberi akses kepada umum (public).

    PERINGATAN: Sebarang penghantaran bahan bukti dalam bentuk lain (seperti CD, thumbdrive & dll.) adalah TIDAK DITERIMA.

  • 11. Pemohon tidak dibenarkan untuk menggunakan bahan yang berhak cipta di dalam permohonan tanpa sebarang kenyataan yang merujuk kepada pencipta, pemilik hak cipta atau pelaku.

  • 12. Setiap permohonan perlu diselaraskan oleh penyelaras AKRI yang dilantik di IPT.

  • 13. Pemohon yang disenarai pendek akan melalui sesi pitching.

  • 14. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan.

  • 15. Keputusan Jawatankuasa Induk AKRI 2019 adalah muktamad.

PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN

  • 1. Permohonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang terkini yang boleh dimuat turun dari laman sesawang http://www.moe.gov.my/akri bermula 27 Mei 2019 (Isnin).

  • 2. Permohonan hendaklah diperakukan oleh Naib Canselor/setaraf* atau Timbalan Naib Canselor/setaraf. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangkunya, surat penurunan kuasa perlu disertakan.

  • 3. Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

  • 4. Semua borang permohonan mestilah diisi dengan font Arial 11 dengan single-spacing dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.

  • 5. Setiap permohonan yang lengkap perlu dikemukakan secara berjilid.

  • 6. Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Julai 2019. Semua permohonan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran melalui pos tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

  •  7.  Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

    Pengarah
    Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, No. 2, Menara 2 
    Jalan P5/6, Presint 5 
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  
    62200 PUTRAJAYA

    (UP: Urus setia Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2019)

    Sila layari syarat dan peraturan untuk semua kategori di http://www.moe.gov.my/akri

    *Rektor/Presiden/Eksekutif

     

Hubungi Kami
Urus Setia
Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia:
Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif Tahun 2019

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Hakcipta Terpelihara © 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia