23 JULAI 2026 | AISC 2026 PERKASA BAKAT SAINTIS MUDA BERTERASKAN STEM DAN NILAI ISLAM
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutupan π΄ππΈπ΄π πΌπ πππππ πππππππ πΆπππ (π΄πΌππΆ) 2026 di PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program selama tujuh hari itu menghimpunkan 165 orang murid bagi memperkasa bakat saintis muda melalui pembelajaran berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta nilai Islam.
Bertemakan "πΈππππ€πππππ πππ’ππ ππ’π πππ ππππππ‘ππ π‘π πππ π ππ’π π‘πππππππ πΉπ’π‘π’ππ", program ini mengintegrasikan eksperimen sains, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), Pendidikan dan Pengurusan Halal serta penghayatan al-Quran dan Sunnah menerusi modul HALFYST dan YALE. Penganjurannya diharap dapat melahirkan generasi saintis muda yang berilmu, berintegriti, berdaya saing dan berupaya menyumbang kepada pembangunan ummah serta kelestarian masa hadapan.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
Hits : 48