Selamat Datang ke PORTAL KPM

Webinar “Teaching in The Age of Ai: Maker and Steam Education - New Ideas in Education Webinar No. 2”

YBhg. Datuk/ Dato‘/ Datin/ Tuan/ Puan,

WEBINAR “TEACHING IN THE AGE OF AI: MAKER AND STEAM EDUCATION - NEW IDEAS IN EDUCATION WEBINAR NO. 2” 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa SEAMEO STEM-ED bersama Kementerian Pendidikan Thailand dan Administration of Digital Industries (ADI), Taiwan, mengumumkan Webinar di bawah tajuk "Teaching in the Age of AI: Maker and STEAM Education" yang akan diadakan pada 18 Ogos 2023.

Untuk makluman, webinar ini merupakan sebahagian daripada New Ideas in Education Webinar Series yang bertujuan untuk membantu membangunkan kapasiti dan kemahiran profesional dalam bidang pendidikan dan penggubal dasar di seluruh rantau Asia Tenggara dengan memperkenalkan pengetahuan dan idea baharu berkaitan penambahbaikan pendidikan kepada guru dan pendidik di Negara Anggota SEAMEO.

Salah satu matlamat webinar ini adalah untuk melengkapkan guru dengan akses yang betul dalam era pembelajaran digital baharu, dan adalah penting untuk menyediakan generasi akan datang dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya. Webinar ini juga akan disiarkan secara langsung melalui saluran media sosial Pusat untuk akses mudah kepada semua peserta.

Untuk maklumat lanjut tentang webinar ini sila ikuti pautan: https://seameo-stemed.org/news-and-events

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
Poster 1
 

Hits : 239