Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

36 Penerima Biasiswa KPM Melanjutkan Pengajian Ke United Kingdom dan Jordan

15 SEPTEMBER 2026 | 36 PENERIMA BIASISWA KPM MELANJUTKAN PENGAJIAN KE UNITED KINGDOM DAN JORDAN

Seramai 36 orang pelajar penerima Biasiswa Perguruan Persekutuan (BPP) di bawah Kementerian Pendidikan telah berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Daripada jumlah tersebut, seramai 14 orang pelajar melanjutkan pengajian ke United Kingdom, iaitu tiga orang di University of Manchester, empat orang di University of York dan tujuh orang di Cardiff University. Sementara itu, 22 orang pelajar lagi melanjutkan pengajian ke Jordan, iaitu 16 orang di Al al-Bayt University dan enam orang di University of Jordan.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad, hadir menyantuni para pelajar serta menyampaikan amanat agar mereka menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh, menjaga nama baik negara dan kembali berkhidmat untuk pembangunan pendidikan Malaysia.

Secara keseluruhannya, seramai 135 orang pelajar telah ditawarkan biasiswa di bawah Bahagian Tajaan Pendidikan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara bagi tahun 2026.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

#sekolahku

Hits : 26