2u2i adalah program pembelajaran berasaskan pekerjaan yang memberi pendedahan industri kepada pelajar di sepanjang pengajian mereka. Pelajar menghabiskan dua (2) tahun di Universiti dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek teori dan dua (2) tahun di industri bagi menimba pengalaman pembelajaran dalam industri.
Pendedahan kepada amalan industri merangkumi penggabungan syarikat dan permulaan syarikat yang boleh membantu pelajar untuk terus beroperasi selepas tamat pengajian. Program 2u2i bertujuan memupuk semangat keusahawanan melalui kerjasama akademik dan industri dengan pendekatan penyampaian secara Work-based Learning.
2u2i merupakan inisiatif di bawah Lonjakan 1 (Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang) dan Lonjakan 7 (Ekosistem Inovasi) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
Maklumat lanjut berkaitan 2u2i:
2u2i dalam Berita:
Hits : 2205